• Twitter
  • Instagram

Sunday, June 5, 2011

Gula, Cinta dan 'Pudu Jail'..!

Assalamualaikum, hello, holla, uit, weh! 














Rasanya memang dah lama sangat blog ni tak di'update'.. busy sangat sampai tak sempat nak jenguk.. busy dok fikir macamana nak cekau duit, nak tampung kos sara hidup dengan semua benda kalau boleh nak naik harga... minyak dah mmg selalu naik.. ni tiba-tiba dengaq cerita gula pun nak naik, sebab apa? Sebab tiba-tiba orang cakap Malaysia dok kalut eksport gula.. aih.. mungkin lepaih ni rakyat Malaysia boleh berbangga sebab selain daripada menjadi negara pengeluar minyak, getah dan kelapa sawit, kita akan jadi negara pengeksport gula.. Fuyoo.. Malaysiaku..! Hahaha

Banyaknya gula, tanda orang Malaysia ni semua manis-manis.. manis rupa, manis mulut, tambahan sekarang ni nak dekat-dekat ngan election, tapi itu soal lain.. soal nak pancing-pancing undi, politik-politik ni semua bukanlah benda yang seronok nak bincang kat sini.. pilihan seseorang adalah sesuatu yang sangat subjektif dan undi itu adalah rahsia...! 

Kalau manis mulut nak mengorat lain pulak kaedah nya... bulan bintang semua boleh tanggung atas kepala.. memang sanggup la apa pun.. tak peduli dah guruh kilat kat langit, hahaha... tapi benda tu la yang mencetuskan perhubungan sesama manusia... semua orang yang ada pasangan dah lalui benda tu cuma the way they execute benda tu ja yang berbeza... tapi matlamatnya tetap sama.. 

dan matlamat aku, tadak kena mengena dengan nak mengorat ataupun cinta cintun... apa yang dah ditulis kat atas tu adalah benda yang aku terfikir time nak buat Nescafe 'o' tadi, sedar-sedar gula dah habis... agak bencana la sebab dari tadi dok teringin nak mkn biskut Hup Seng cicah Nescafe 'o' tapi tak berapa kesampaian... sebab apa biskut Hup Seng? Sebab aku tak jumpa lagi biskut Aminah, biskut Rahim ataupun biskut Husin! Orang Melayu malas nak bisnes-bisnes macamni..

then dah duduk depan tv, dok cari-cari cerita nak tgk, tapi tadak 1 pun yang best. TV3 tak habis-habis dok tayang telenovela Indonesia, itu yang termelalut bab ngorat-ngorat, cinta cintun  tu...  tapi der, tiba-tiba kat History Channel ada cerita best.. pasal Penjara Pudu. 

Mungkin generasi yang tengah baca ni kenal lagi dengan Penjara Pudu. Penjara yang usianya hampir sebaya dengan Liverpool FC, penjara yang sebahagian 'alumni'nya pernah mencetuskan fenomena dan fobia kepada sebahagian masyarakat Malaysia, penjara yang dikagumi kerana penuh misteri dan juga keindahan senibinanya. Tapi bagi generasi yang lahir di era millenium ni, apa yang tinggal hanyalah separuh daripada bangunan asal penjara ini yang semakin kelam dek kemodenan Kuala Lumpur.

Mungkin sesetengah orang merasakan bahawa kemodenan yang total itu perlu untuk menunjukkan yang kita sedang meningkat maju atau untuk menjadi seiring dengan negara maju. Tetapi hakikat yang perlu kita sedar, kemajuan tidak semata-mata diukur dengan kecanggihan, tetapi dengan kepintaran yang menjana kecanggihan itu. Majunya Jepun sebab kemahiran rakyatnya, majunya Barat sebab kemahiran rakyatnya... bukan sebab kecanggihan bangunannya semata-mata. 

Kalau nak cakap soal nilai-nilai estetika atau sejarah, mungkin aku bukan heritage activist, tapi rasanya Penjara Pudu cukup indah kalau kita buka sebagai satu tinggalan sejarah untuk tontonan generasi depan sebagai satu monumen menandakan bermulanya sistem kehakiman moden Tanah Melayu. 

Namun wang berpijak lebih tinggi daripada nilai warisan. Terletak di segi tiga emas Kuala Lumpur, dengan nilai hartanah yang sangat-sangat tinggi, tentunya ia menjadi idaman para-para kontraktor dan pelabur. Penjara Pudu bakal dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre - dan bakal membawa keuntungan kepada golongan pemodal dan pelabur tetapi tidak kepada rakyat secara keseluruhan. 

Mungkin mereka yang belum melawat Penjara ini tidak dapat memahami nilai-nilai estetika mural didinding-dinding sel. Mural yang dihasilkan oleh penghuni-penghuni sel adalah sesuatu yang amat ikhlas. Lebih ikhlas daripada karya-karya Lady Gaga mahupun Justin Bieber..Disini terpampang seribu maksud, penyesalan, kemarahan, penantian, pemberontakan dan pelbagai emosi nukilan penghuni-penghuni penjara ini. Karya-karya ini jika dipelihara, mampu menjadi satu guru yang amat berguna bagi pengunjung dan generasi akan datang. Namun persoalan yang sering tidak menemui jawapannya, adakah kita betul-betul menghargainya? 

Kita mungkin berbangga dengan KLCC, bangunan berkembar yang pernah menjadi antara yang tertinggi di dunia. Namun negara lain juga mampu untuk membina bangunan yang lebih tinggi dan cantik berbanding KLCC... dan sehingga kini pun telah terpacak bangunan-bangunan yang lebih tinggi dan menarik daripada KLCC. Tetapi untuk membina sebuah bangunan yang mempunyai nilai senibina yang tinggi, yang kaya dengan nilai-nilai sejarah, pengajaran dan misteri yang tersendiri seperti Penjara Pudu, adalah sesuatu yang mustahil.. sangat-sangat mustahil.. 

Dan Brown menerusi bukunya ' The Lost Symbol' menggambarkan Washington DC sebagai sebuah bandar yang penuh dengan misteri dan simbol hasil daripada perancangan pergerakan sulit beratus tahun dahulu. Itu nilai yang sering Barat banggakan, tetapi tidak kita yang gayanya seperti mengikut Barat, tetapi pada dasarnya kita masih mencari-cari identiti kita... dan kadang-kadang kita sendiri sesat di negara sendiri... Mungkin satu hari nanti, Penjara Pudu akan dirindui.. mungkin... 

Artikel ini tidak berniat untuk mempengaruhi atau bertujuan politik, sekadar melontarkan buah fikiran. Idea adalah sesuatu yang sangat subjektif. Perkembangan idea menandakan kebolehupayaan kita untuk berfikir tentang kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan yang bakal dilakukan. Penerimaan individu mengenai subjek ini juga terbuka kerana kita yang memilih tindakan kita yang seterusnya. =)  





0 comments:

Contact

Get in touch with me


Adress/Street

12 Street West Victoria 1234 Australia

Phone number

+(12) 3456 789

Website

www.johnsmith.com